Kalau dulu aku menyangka
kalau seorang sahabat itu
yang akan sentiasa menemani kita
yang akan sentiasa ada disisi kita
Bukan hanya bila kita sedih mahupun gembira
sahabat, ia akan ada sentiasa tanpa sebabnya.
Tapi sekarang aku mengerti maksud sahabat yang sebenar
bukan hanya dengan perspektif yang aku katakan tadi
tetapi, seorang sahabat yang baik
dia akan selalu mengingatkan sahabatnya
tentang Sang Pencipta
Sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya
jatuh ke dalam lumpur hina dunia
tetapi dia akan menarik tangan kita apabila kita jatuh
dia akan memapah kita sekiranya kita tiada daya
dia akan memimpin kita seiring sejalan ke Syurga.
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


