Apa manusia tahu? Apa yang manusia tahu?
Hanya kesenangan dan kekayaan. Itu saja yang bermain di minda. Bagaimana dengan aku yang miskin? Bodoh? Lagi hina? Aku kan orang jahat. Korang ingat aku tidak punya hati dan perasaan? Ya! Memang dari fizikal, buruk kau boleh nampak. Pernah aku kata, aku bukan menunjukkan kebaikan demi keegoan diri.
Mudahnya maruah dijatuhkan
Secebis kata-kata pun cukup
Tak perlu banyak
Kerna apa? Cermin diri belum lagi
Sudah pandang orang lain
Tak sampai sepuluh saat maruah boleh dijatuhkan. Menyebabkan pergaduhan yang melaratkan. Bukan melaratkan sahaja, malah memudaratkan juga. Kasihan diri itu. Aku bukan menagih simpati dan kasihan dari mana-mana.
Sampai hati kau. Sampai hati.
Kau mahu kegembiraan itu, tapi kau hanya tahu kegembiraan sendiri bukan kegembiraan bersama. Kenapa tiba-tiba aku yang dipersalahkan? Aku tidak mahu tuding jari kepada sesiapa. Memang benar salah aku, tapi bertimbang rasalah untuk aku. Bukan aku saja, dekat orang lain pun kau bersikap sedemikian.
Pernah kau berjalan sendiri
Tersepak batu
Lalu kau tersadung,
Terluncur atas jalan itu
Siapa kau salahkan? Batu?
Kenapa batu jadi mangsa?
Bukan ke akal fikir kau yang menggerakkan kaki ke arah batu itu.
Jangan aniaya orang sehingga tahap maksimum untuk kau kejar kebahagian kau seorang. Bukan menyuruh untuk kau menjaga hati dan perasaan orang lain, faham sedikit sudah memadai.
Pesanan aku, lihat diri kita. Siapa kawan kita.
