Aku hampir tertewas dengan keseronokkan dunia
Aku lupa akan ada hukum yang perlu aku patuhi
Aku terlalu seronok tersenyum sampaikan aku lupa apa yang akan merana nanti
Jika aku terus dengan lagak ini
Aku tak mahu sesat jauh
Takut nanti tiada penyelamat datang menyelamat
Aku harap aku masih boleh berfikir
Tentang mana baik dan buruk
Aku terkena racun dan masih mencari penawar
