Dewasa



Aku mula merasa takut akan untuk menjadi dewasa
Sungguh, aku masih belum bersedia untuk tempuh dunia dewasa ini
Iman aku belum teguh nak bertanding dengan nafsu dunia
Akal aku belum cukup waras untuk berfikir tentang kehidupan
Jiwa aku masih lagi  memberontak

Aku takut
Sungguh aku takut..

Takut aku akan terus tersesat jauh
Yang di mana di sana tiada seorang pun menyelamat

Hanya jalan taubat sebagai noktah.
Aku selalu berdoa pada Dia yang Maha Esa
Berikan aku satu cahaya
Di mananya nanti aku tidak lagi akan menoleh ke belakang
Supaya nanti aku menjadi hamba-Nya yang taat
Anak yang soleh kepada kedua orang tuaku.

Sungguh aku mahu itu. Itu juga yang aku dambarkan sejak dulu.



Doakan aku....